Monday, December 29, 2008




ACAR JERUK BUAHAN MAKCIK PIDAH

Bahan-bahan:

Jeruk buah-buahan, cili kering, bawang merah (sederhana besar)
bawang putih, halia, asam jawa, minyak masak, garam dan gula.

Penyediaan:

Bawang merah dikupas dan dibelah empat,
Bawang putih dikupas dan dibelah dua,
Halia dihiris halus,
Jeruk buah ditoskan.

Cara membuat:

Panaskan minyak masak dan tumis cili kering sehingga naik bau.
Masukkan garam secukup rasa, gula dan asam jawa.
Biarkan sehingga berminyak.
Masukkan jeruk buahan, bawang merah, bawang putih dan halia.
Gaul hingga rata dan biarkan sampai airnya kering.
Angkat dan sejukkan.


SELAMAT MENCUBA. TIADA MASA UNTUK MENCUBA, BUAT PESANAN SAHAJA.

Saturday, December 20, 2008

SALAM PERSAHABATAN


Buluh perindu Sg Batu amat gembira hari ini kerana berjaya mengwujudkan blognya. Buluh perindu adalah bekas penuntut STAR Ipoh dari tahun 1958 hingga 1963. Bagi sesiapa kawan-kawan Buluh perindu yang pernah tinggal di Rumah Kuning pada tahun-tahun tersebut atau berada dalam Form 5 Science pada tahun 1963 yang berminat untuk menyambung semula persahabatan dengan Buluh perindu bolehlah menghubunginya melalui e-mail magd1945@yahoo.com

Kepada semua kawan-kawan, Buluh perindu mengucapakan selamat menyabut Maal Hijrah 1430 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009.