
ACAR JERUK BUAHAN MAKCIK PIDAH
Bahan-bahan:
Jeruk buah-buahan, cili kering, bawang merah (sederhana besar)
bawang putih, halia, asam jawa, minyak masak, garam dan gula.
Penyediaan:
Bawang merah dikupas dan dibelah empat,
Bawang putih dikupas dan dibelah dua,
Halia dihiris halus,
Jeruk buah ditoskan.
Cara membuat:
Panaskan minyak masak dan tumis cili kering sehingga naik bau.
Masukkan garam secukup rasa, gula dan asam jawa.
Biarkan sehingga berminyak.
Masukkan jeruk buahan, bawang merah, bawang putih dan halia.
Gaul hingga rata dan biarkan sampai airnya kering.
Angkat dan sejukkan.
SELAMAT MENCUBA. TIADA MASA UNTUK MENCUBA, BUAT PESANAN SAHAJA.

